? ??????????????In Bloom? ????? ?? ???Rating: 4.2 (38 Ratings)??1 Grab Today. 5300 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????Snowy Mountains? ????? ?? ???Rating: 4.3 (38 Ratings)??1 Grab Today. 7989 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 25, 2009

:: KAMI SAHUT SERUANMU YA ALLAH ...




Umat Islam yang mengerjakan Haji akan berada di Arafah untuk berwukuf. Berhimpun beramai2 sambl mengucapkan talbiyah iaitu ucapan yang membawa makna mereka menyahut seruan dan panggilan Allah . Mereka datang dari segenap penjuru dunia semata2 menyahut panggilan Allah . Mereka meninggalkan kaum keluarga, harta dan segalanya demi memenuhi tuntutan dan perintah Allah. Mereka memakai pakaian putih menunjukkan tiada beza antara mereka di sisi Allah sama seorang raja atau seorang hamba. Beza mereka hanyalah pada ketaqwaan.

Pada waktu ini yang agung dan besar pada mereka hanya seruan LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK LABBAIK LA SYARIKA LA KA LABBAIK, INNAL HAMDA WAN NIKMATA LA KA WAL MULK LA SYARIKA LAKA. "Kami sahut seruanMu Ya Allah, seruan yang tiada sekutu , sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kekuasaan hanya untukMu tiada sekutu bagiMu" . Allah sedangkan urusan lain terpaksa mereka tinggalkan buat sementara waktu.

Bagaimana dengan kita yang belum berkesempatan bersama mereka. Apakah yang boleh kita lakukan pada 9 Zulhijjah ini. ?

Untuk menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam di Arafah , kita disunatkan untuk mengerjakan ibadah puasa dengan janji dan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah taala. Marilah kita renungi beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan puasa hari Arafah.

- حَدَّثَنَا هُشَيْمُ بْنُ بَشِيرٍ أَخْبَرَنَا مَنْصُورٌ يَعْنِي ابْنَ زَاذَانَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ كَفَّارَةُ سَنَةٍ
“Nabi Saw ditanya tentang puasa hari Arafah. Baginda bersabda ia menghapuskan dosa dua tahun, setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang. Baginda ditanya tentang puasa Hari Asyura. Baginda bersabda ia menghapuskan dosa setahun .”Riwayat Imam Ahmad dalam kitab Musnad Imam Ahmad no hadith 21479.

Puasa Hari Arafah
1) Daripada Abi Qatadah katanya Nabi SAW bersabda “Puasa pada Hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun kemudian, dan puasa pada Hari Asyura’ menghapuskan dosa setahun yang lepas” Riwayat jamaah (ahli hadith) kecuali Bukhari dan Tarmizi
2) Daripada Hafsah Ummul Mukminin katanya “Empat perkara tidak pernah ditinggalkan Baginda SAW , puasa Hari Asyura’ , sepuluh hari Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan solat dhuha” Riwayat Ahmad dan Nasa’ie.
3) Daripada Uqbah bin ‘Amir katanya “ Rasulullah SAW bersabda “ Hari Arafah, Hari Raya (Aidil Adha) dan hari-hari tasyriq ialah hari raya kami – orang Islam- iaitu hari untuk makan dan minum” . Maksudnya bagi orang yang mengerjakan haji dan pada Hari kesembilan Zulhijjah mereka berhimpun di Arafah mereka tidak disunatkan puasa. Puasa hanya sunat bagi mereka yang tidak berada di Arafah pada hari 9 Zulhijjah.
4) Daripada Abu Hurairah katanya “ Rasulullah SAW menegah berpuasa pada hari Arafah di Arafah” iaitu orang yang berada di Arafah pada hari tersebut. Riwayat Ahmad Abu Dawud, Nasa’ie dan Ibn Majah. Imam Tarmizi berkata para ilmuan berpendapat sunat berpuasa pada Hari Arafah sementara bagi mereka yang sedang wukuf di Arafah pula tidak disunatkan berpuasa.
5) Daripada Ummu al Fadhl ; Sesungguhnya mereka mengadu kepada Nabi SAW tentang berpuasa pada hari Arafah (penterjemah: tentang kesukaran untuk berpuasa pada hari tersebut dalam keadan mereka sedang berwukuf di Arafah ) lalu aku mengirimkan kepada baginda SAW segelas susu lalu baginda meminumnya dan kemudian baginda SAW menyampaikan khutbah kepada manusia di Arafah “ Sepakat ulama hadith.

Kitab Fiqh Sunnah jilid 1 bab puasa-puasa sunat.
SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA PENULIS ARTIKEL INI. AMEEN

dI KeSemPaTaN iNI, SaLaM EiDuL AdHa DiUcApKaN kEpAdA sEmUa sAhAbAt sEpErJuAnGaN dI SeLuRuH dUnIa.. pAnJaNg UmUr bErTeMu lAgI . iNsYaALLAH..

Tuesday, November 10, 2009

::: buat SaHaBaT yAnG DiRiNdUi KeRAnA ALLAH..




When you have difficulties in your exam..dun say…Oh my God, I have a big problem!” but say dis , “ Hi Problem, I have a big God!” ALLAHUAKBAR!!!!!




MEMPELAJARI ILMU KERANA TAKUT KEPADA ALLAH MERUPAKAN IBADAH,MEMPELAJARINYA BERERTI TASBIH,MEMBAHASKANNYA BEERTI JIHAD,MENGAJARKANNYA BEERTI SEDEKAH,DAN MENCURAHKANNYA KEPADA AHLINYAMERUPAKAN PENGORBANAN.(Mu'adz bin Jabal)



~Melangkah dan terus melangkah melakar kecemerlangan~



Bila kau letih, hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba . Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisimu. Bila kau telah mencuba segala-galanya tapi tak tahu tujuan, ALLAH ada penyelesaiannya. Bila takde yang bererti buatmu , lalu kau keliru kecewa, Allah adalah jawapanNya. Taqarrub illALLah

Dirimu terhias sebagai sebaik2 ciptaan, maka jadikanlah dirimu Nisa’ yg boleh menjadi mujahidah , jihad di jalan Allah..jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..cantik dipandang tetapi susah utk dipegang..jadikanlah dirimu gadis manis yg tidak pernah kalah dgn redup panahan mata adam..Biar nafsumu hidup dlm tarbyyah di jln da’wah bertintakan darah & air mata perjuangan, dititp atas warkah penuh kemuliaan & dikirimkan utk mujahadah menuju Tuhan ..salam buatmu mujahidah



Hati itu ibarat berlian g begemerlapan & setiap ukhuwah yg terjalin adalah penguat sinar..ukhuwah ini adlh anugerah yg m’buat kita t’tawa menangis , m’nerima , m’beri & yg paling penting membuat kita menghargai erti hidup..jadilah seperti embun yg tunduk menitiskn kasih sayang .. Setia menyirami kalbu kegersangan dgn mutiara kesabaran & kaca kebenaran..smoga ukhuwah yg terbina dgn lafaz BISMILLAH hanya akan diakhiri dgn lafaz Innalilah…Ya Allah rahmati kami dlm meniti usia, terpisah kami dialam nyata..temukan semula di syurga ..Ameen ya Rabbal alamin



~~<@ BUAT SAHABAT KAMI , SHAHIDAH FARHANA YANG SEDANG BERTARUNG DENGAN KESAKITANNYA, KAMI MENDOAKAN AGAR ENTI CEPAT SEMBUH.. BERSABARLAH SAHABAT.. ALLAH SEDANG MENGUJIMU SEBAGAI TANDA KASIH DAN SAYANG TERHADAP HAMBANYA.. MAAFKAN ANA . KERANA TIDAK DAPAT MELAWAT. KERANA KEKANGAN JARAK N KEWANGAN.. HANYA DOA YANG DAPAT ANA HADIAHKAN..

selamat menduduki SPM buat adik2 junior di SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA TERENGGANU.. bi taufiq wan najah.. banyakkan usaha, doa n tawakal ek.. kami doakan u adik2..

~`~<@ Aqilah rindu antum.. doakan sahabat2 n ana di sini berjaya mengharungi dugaan n imtihan dunia n akhirat dengan mumtaz..dibawah payung rahmat ALLAH..ameen..JZKK