? ??????????????In Bloom? ????? ?? ???Rating: 4.2 (38 Ratings)??1 Grab Today. 5300 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????Snowy Mountains? ????? ?? ???Rating: 4.3 (38 Ratings)??1 Grab Today. 7989 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 28, 2009

..sambutan raye di SHAMS dgn sahabat baik..

SELASA, 3 SYAWAL 1430 H- Alhamdulillah..Alumnai SHAMS telah berjaya menganjurkan sambutan aildil firi bertempat di Dewan Besar SHAMS. Majlis ini kebanyakkannya di hadiri oleh senior2 kami yang merupakan Batch pertama n kedua yang kebanyakkannya sudah berumah tangga. Suasana amat meriah dengan adegan anak-anak senior2 yang beratur untuk menerima duit raya...

peluang ini turut diambil oleh kami, spm batch 2006 dan 2005 untuk bejumpa kembali setelah bertahun-tahun berpisah. Ada yg dari UPSI, IPG, UPM, UIA n dsb... kami turut dijamukan dengan rendang, mee goreng , ketupat , kuih raya, kek coklat yang enak dan bermacam-macam lagi juadah . Seinfiniti penghargaan ditujukan buat ustazah selaku penasihat alumnai, dan pihak penganjur. kenangan sahabat baik (dari kiri Aqilah, Ummi, Amirah spm 2006)



bersama kak Ainul basirah spm 2005 ( dari kiri Aqilah,Kak Ainul)

sahabat baik ..(dari kiri : Amirah dan Ummi Aqilah , spm 2006)






suasana riang ria..terlihat sini sana..


sahabat batch SPM 2006

panjang umur bertemu lagi ya sahabat2..kepada sahabat yang tidak dapat hadir,
La Tahzan..InsyaAllah tahun depan bertemu lagi..
SelAmAt hARi RaYa aIdIl FiTrI..MinAl AiDiL wAl FaIzIn....salam perjuangan...


Wednesday, September 16, 2009

:: SaLaM EduL-FiTRi bUaT SaHaBat2 tErSayAng::

Buat sahabt2 yang tersayang,

•Semoga HATI mu & HATIku..Bersatu utk DIA yg SATU..tuhan pencipta AKU dan KAMU. Di bawah AGAMA yang SATU.PERJUANGAN yg SATU. Subhanallah.luv u fillah

•Duhai sahabatku aku inginkan persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat di mahkamah masyarnanti. Ketika semua umat manusia gusar mencari perlindungan Allah menyeru 7 golongan .antaranya pemuda yg saling berkasih syg krn Allah n berpisah jua kerana Allah, “ ya Allah ketika bahang masyarMu menjilat tubuH izinkan kami bersama2 sama berteduh. Ketika mizanMu teliti mengira , beratkan neracanya atas setiap jasa..naungilah kami di sana.berkat kasih semata2 mata keranaMu .andai ku layak ke syurga , ku pinta sahabatku ini bersama

NURAINI (MESIR), FAATIHAH(UKM), SKNAH IBRHIM(UKM), NUR AQILAH DAHALAN (UNITED KINGDOM), SUMAIYAH(MESIR),UMMI(UMP),HUDA(MESIR)&ZAKIYYAH(IQT),LIEYANA(UIA),AQMA(IQT),AFIFAH(UDM),FARHANA(MESIR),AMIRAH(IPG TRG),ASMAQ(DQ),SKNAH YUSOFF(UIA),SUHAILA(DQ),SHAHIDAH(USIM), AISYAH(IPPM), AYU, BASIRAH, ZAHIDAH (MESIR), AQILAH RAFIE', NAJIHAH HASANAH LUKMAN, FATEN

" YA ALLAH, TAUTKANLAH HATI-HATI KAMI DALAM BERJUANG UNTUK AGAMAMU HINGGA KAMI BERTEMU KEMBALI DI SYURGA .AMEEN"

ada rezeki kita berjumpa lagi sahabat2 ku....ameen

Sunday, September 13, 2009

LAILATUL QADAR: Mencari Kemuliaan Taqarrub




oleh : Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi




Firman Allah swt :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )


Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .
Sabda Rasulullah saw :[1]
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )


Al Imam an Nawawi rhm menyebut
[2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.
Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

Rasulullah saw pernah bersabda :[3]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .
“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”
( Riwayat Imam Bukhari . )


Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .
“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.
Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.
Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .


“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”
( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )


[1] Imam Bukhari di dalam sohihnya : 253 / 2 dan Imam Muslim di dalam sohihnya 524 /1 [2] Raudhah at Tolibin 389 / 2 dan Fathul Baari 267 / 4 [3] Sohih Bukhari : 254 / 2 [4] Sohih Imam Bukhari : 255 / 2 dan Sohih Imam Muslim : 832 / 2

http://www.rakanmasjid.com/artikel/karya/458-lailatul-qadar-mencari-kemuliaan-taqarrub.html

Friday, September 4, 2009

:;; MaHaLnYa sYuRgA ::


"Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:Apakah yang telah kamu lakukan?Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.









Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?Jawabnya. Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.Apabila Saidina Muawiyah lah.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)



CaRi LaH kEteNaNgaN dI mAsJid -Allah MeNaNtI KiTa



:: SalAm UKhuWah SekEnCaNG dAkWaH :. aNa rINdU sAHaBaT2 ::