? ??????????????In Bloom? ????? ?? ???Rating: 4.2 (38 Ratings)??1 Grab Today. 5300 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????Snowy Mountains? ????? ?? ???Rating: 4.3 (38 Ratings)??1 Grab Today. 7989 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 28, 2009

..:::BuAt MuSLIMaH hAraPaN iSlAm ::..





tersenyum bibir dalam nafas bismillah,terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah,terjerat hati dalam nafas cinta,terkuyu mata dalam nafas air mata,terhimpit nafsu dalam nafas hina,terpanah hiba dalam nafas yg Esa,tersujud sedu dalamnafas doa,tersekat suara dalam nafas innalillah,terbujur kaku dalam nafas barzakh,terjunam neraka dalam nafas nauzubillah,terpilih syurga dalam nafas alhamdulillah


"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan,dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"(sayyid qutb)

"kadang-kadang kita terlalu banyak merancang,tapi kurang bermohon...terlalu banyak berfikir,tapi kurang tawakkal...terlalu banyak risau dan kurang optimis...kerana kita terlupa bahawa ujian itu adalah tarbiyah dari Allah"fikir-fikirkanlah...
"ujian adalah tarbiyah dari Allah"

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

penghargaan buat empunya blog:

http://mujahidahputeri.blogspot.com/

Thursday, August 20, 2009

:::AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN:::


Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat..
Buat sahabat-sahabat, along,angah,acik,ateh,anjang,ude,su,aqilah,anje,n semua yg satu perjuangan semasa di bumi wakafan SHAMS..semoga Ramadan yang masih diberi kesempatan untuk kita lalui ini dapat kita gunakan sepenuhnya.. salam ibda islah nafs..
salam ukhwah sekencang dakwah..
salam ramadhan...

p/s:rindu ngan panggilan adik beradik kita dulu...huhu
-daie sepi-

Tuesday, August 11, 2009

..::SeKoLaHkU-UNIC ::..




Bertahun lama aku meninggalkan,
Laman sekolah yang penuh kenangan,
Memori indah mengusik di jiwa,
Suka dan duka dalam memburu cita,

Masih terbayang kenakalan teman,
Usik-mengusik bersenda gurauan,
Kini setelah kita berjauhan,
Semuanya itu menjadi kerinduan,

Tetap segar dalam ingatan,
Kali pertama berkenalan,
Senyuman mesra menyimpulkan,
Tali persahabatan,

Hingga kini masihku simpan,
Kata semangat buat bekalan,
Pesanan guru menyalakan,
Obor penyuluh kejayaan,

Dan di sinilah tempat kuberlari,
Jatuh tersungkur bangun kembali,
Biar diranjau onak yang berduri,
Semuanya tak kupeduli,

Terkadang cinta jadi permainan,
Namun di situ kutemu ikhtibar,
Makin kusedar erti kehidupan,
Tak semudah yang difikirkan,

Oh sekolahku kau amat kurindu,
Tempat bermula kumenimba ilmu,
Jasamu guru mendidik daku,
Namamu harum di dalam ingatanku,

You’re my lovely school,

SHAMS is the best..
I love you, I miss you…

Thursday, August 6, 2009

..: WaNItA SolEhAh PeNGhIbUR hAti :..


WANITA SOLEHAH…
. SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN
DI DALAM SOLAT DAN SUNNAH
RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH
BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH
INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....MENYEJUKKAN MATA.....
DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI
SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA
NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.‘
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..
by: phatim