? ??????????????In Bloom? ????? ?? ???Rating: 4.2 (38 Ratings)??1 Grab Today. 5300 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????Snowy Mountains? ????? ?? ???Rating: 4.3 (38 Ratings)??1 Grab Today. 7989 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 27, 2009

..:Hayya bil Jihad:...


Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit
Jongkang jongkit?

Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas
akan menemukan Allah dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta

Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu,tak berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali denganAllah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janjiAllah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya (Surah Muhammad, ayat 7)
Kita melakukan jual beli dengan Allah,tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dariAllah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,
aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku,
aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia,itulah yang inginku ku bentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna
..Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.
Dia berdakwah sehingga kekawasan perkampungan
di gunung-gunung yang tinggi.
Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja dijalanan di saat itu,
kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran,
kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah.
Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata,
dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah.
Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan As syahid Imam Hassan Al Banna

:apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkaraDia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya.Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi.Di dalam mimpi tersebut,saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil.Salah seorang ulama itu menghampiri saya.Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Dimana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia!Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.Buka ke muka surat sekian-sekian .Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga.Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian.Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka suratyang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah.Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin.Segalapuji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.
Disudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu.
Dia pernah kecundang.
Dia pernah bertanya kepadaAllah-

Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,sahabat itu menjawab "


Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.
Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.
Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun.
Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa,
meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan dihati saya.

Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil.

Kisah ini kisah benar.

Saya namakan wanita ini A.
A memerlukan tongkat untuk berjalan.
A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi.
Satu sahaja keinginan A.
A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
Keinginan A tercapai.
Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah.
Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Bila A menyudahkan pelajarannya,sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah.
Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang sebaiknya.
Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna.
Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.
Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum.
Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid.
Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnyakerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.


Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Dia cacat.Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dialakukan?
HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.


Lia, kita sempurna.

Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.




~Coretan ana
~~<@ Salam jihad sahabat.. ana kongsikan coretan kehidupan di atas hasil perkongsian daripada sahabat baik ana Syukran khasira ya sahabat.. Tujuan utama ana postkan kisah diatas adalah sebagai peringatan kita bersama seandainya kita mendengar getaran suara kekasih tercinta, junjungan besar nabi Muhammad S.A.W di saat baginda ingin di cabut rohnya ..baginda masih lagi mengingati kita, ummat baginda..ummat akhir zaman.. malahan baginda sanggup menerima seluruh kesakitan sakaratu maut demi ummatnya..malah baginda merindui kita, ummatnya yg merindui dan menghidupkan sunnah Baginda seolah-olah kita melihat baginda hingga menimbulkan cemburu di hati para sahabat2 kesayangan Baginda yang lagi banyak berjasa buat Islam..berperang di medan jihad dan nermacam2 lagi.. Namun, sedarkah kita? kita lebih mengingati tarikh lahir sendiri yang tidak mahu membantu menjadi rantaian dakwah Baginda..Mencintai Baginda bukanlah sekadar menyambut Maulidur Rasul..tapi keikhlasan kita untuk menyambung dakwah Dakwah tidak payah sahabat2 ku tersayang..Dakwah hanya perlu amar ma'ruf dan nahi mungkar..caranya banyak...sahabat boleh berdakwah untuk diri sendiri, keluarga, sahabat, masyarakat dan sebagainya..

dakwah bukan sekadar memberi nasihat..namun setiap apa yang diniatkan kerana Allah untuk menyebarkan Islam di kira dakwah..gunakan seluruh kelebihan yang digunakan oleh Allah untuk berdakwah..mata untuk melihat kebesaran Allah, mulut untuk memberi nasihat dan menegur kemungkaran, tangan untuk menulis artikel2 di blog ataupun di majalah2 Islam..dan sebagainya..Hargailah anugerah Allah yang percuma ini..yang tiada bandingannya ..

adakah kalian sanggup melihat sahabt2 kita bersusah payah untuk menegakkan daulah Islamiyah sedangkan kita hanya berpangku tangan ..malah ada yang sanggup memenuhi masa yang telah diamanahkan ini dengan maksiat..apakah yang akan kita jawab kepada mungkar dan nakir di alam barzah ini..Allah tidak memerlukan kita..tapi kita yang memerlukan rahmat Allah ...takkan kita baru hendak berdakwah ketika negara kita telah diserang oleh Yahudi laknatullah seperti daudar2 seIslam kita di Palestine, Iraq, Afghanistan,Ambon dan sebagainya..Setiap daripada kita amat penting untuk kemajuan Islam..Ayuh sahabat..kita bersama saf perjuangan...Bantullah Agama Allah ini selagi diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ini..Jadikan dirimu sebagai mutiara2 Islam yang menyinar di dalam lautan dalam ..gambaran tekanan ideologi2 yang menyesatkan...salam jihad sahabat2 ku...peringatan ini untuk ana sendiri juga..Ya Allah , hambaMu ini hanya memohon keredhaanMu..terimalah ia sebagai amalan dariku..Ameen..
Harapan ana hanyalah dapat di gambarkan melalui
secebis daripada lirik nasyid kegemaran ana ini...

Menjadi harapan
untukku menyaksikan
ummat yang bertuah ini
kembali bersatu hati
buangkan yang keruh
ambillah yang jernih
tiada yang diimpikan
melainkan perpaduan..
lupakanlah
segala persengketaan
singkap kembali
tali persaudaraan
dan juga nasyid.
dendangan sourul amal
tajuknya: Bersatu ke Medan Jihad.
Marilah kita2 bersatu..
mara bersama..
ke medan jihad..
Menyahut seruan Tuhan yang Esa}2*
Pergi bersama ..laungan takbir}2*
Marilah kita bergandingan bahu..
Bersatu teguh mara bersama..
Usahlah kita terus terleka
Allah pasti bersama dengan kita..
Jangan takut janganlah gentar..
Terhadap musuh2 Allah
tegakkan kemakrufan }2
runtuhkan kemungkaran}2
bersama laungan takbir}2
Robohkan rangkaian penindasan..
Tegakkan Islam agama tercinta
Bersama kita tegakkan ukhuwah
Syariat matlamat kita yang utama..
Marilah kita2 bersatu..
Mara bersama ke medan jihad..
Menyahut seruan Tuhan Ynag Esa
Pergi bersama laungan Takbir..

*salam rindu untuk semua sahabat2 ana yang tersayang, yang telah banyak membantu sahabatmu ini ..dan juga buat semua sahabat2 yang bersama saf perjuangan sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali ke Rahmatullah..semoga Allah memberkati kita semua..Ameen..

Alhamdulillah ya Allah da inna uhibbuka YA Rasulullah..

0 comments: